- Perjalanan & Nilai Kami
Mengenai Kami
Pelajari siapa kami dan bagaimana kami membantu menunaikan zakat dengan mudah.
Hidayah Centre Foundation,
Hidayah Centre (HC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat untuk menghubungkan komuniti daripada pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Khidmat dan aktiviti HC adalah tertumpu kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama, serta mualaf yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai aspek.
Pada 29 Februari 2012, The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered atau lebih dikenali sebagai Hidayah Centre Foundation, telah diperbadankan secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan nombor pendaftaran PPAB-14/2012.
Misi
Hidayah Centre Foundation ditubuhkan untuk berkongsi keindahan Islam, membetulkan salah faham serta memperkasakan mualaf melalui pendekatan menyeluruh dan berprinsip, berlandaskan tanggungjawab terhadap masyarakat.
Visi
Hidayah Centre Foundation menjadi organisasi rujukan dalam perkongsian Islam dan pemerkasaan Mualaf.
Kenali Kami Lebih Dekat & Menyeluruh
Temui misi, visi, dan usaha kami dalam memudahkan pembayaran zakat supaya setiap sumbangan anda memberi manfaat.
+13.5%
+5.1%
+21.5%
+5.5%
+30.5%
Menunaikan Zakat Mudah, Memberi Impak Besar kepada Mereka yang Memerlukan
Zakat anda menunaikan kewajipan dan membantu mereka yang memerlukan dengan mudah, cepat, berkesan, serta penuh keberkatan.